Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Nga gesa tindakan tegas pada penyerang OKU di Terengganu
Diterbitkan:  Jan 21, 2025 5:48 PM
Dikemaskini: 9:48 AM

Naib Pengerusi DAP Kor Ming menggesa pihak mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memukul lelaki orang kurang upaya (OKU) di Chukai, Terengganu.

Nga yang juga menteri perumahan dan kerajaan tempatan, berkata dia telah menghubungi Ketua Polis Negara Razarudin Husain dan menyuarakan perkara itu.

"Tindakan yang mengejutkan ini menghakis nilai-nilai kasih sayang dan keharmonian yang sepatutnya dijulang dalam masyarakat berbilang kaum kita," kata Nga.

"Saya menyeru pihak berkuasa bertindak tanpa berlengah dan memastikan mereka yang terlibat menerima hukuman yang setimpal dengan undang-undang."

Kejadian tersebut dirakam dalam video yang kini tular, menunjukkan OKU mental itu diserang dan diheret atas lantai oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai. 

Siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca apabila mangsa didakwa terlanggar sebuah gerai yang menyebabkan jualannya jatuh.

Setakat ini, sebanyak lima lelaki berumur antara 18 hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Kita mesti memastikan golongan OKU dilindungi daripada sebarang bentuk penderaan dan jenayah kekerasan," tambah Nga.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS