Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Siasatan skandal Sabah selesai, SPRM serah kertas siasatan kepada DPP
Diterbitkan:  Jan 21, 2025 4:22 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Siasatan SPRM berhubung skandal rasuah yang didakwa melibatkan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah telah selesai.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata, kertas siasatan telah diserahkan kepada timbalan pendakwa raya (DPP).

“Terpulang kepada DPP untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

Dinamakan sebagai “Ops DUN,” SPRM melancarkan siasatan selepas Malaysiakini menyiarkan beberapa video daripada seorang pemberi maklumat yang mendakwa wujudnya unsur rasuah dalam pengeluaran lesen penerokaan perlombongan.

Pemberi maklumat tersebut, yang merupakan seorang ahli perniagaan, mendakwa bahawa dia menyogok beberapa Adun berkenaan untuk mendapatkan lesen tersebut.

Mengulas lanjut, Azam berkata kertas siasatan pertama melibatkan pemberi maklumat dan seorang bekas pegawai kanan berkaitan jabatan mineral di negeri Sabah.

"Selain daripada kami, pihak polis juga berkolabirasi menyiasat satu daripada isu yang kami siasat.

"Jadi, kedua-dua pihak bertukar dan berkongsi maklumat untuk diselesaikan, dan kes berkenaan telah pun selesai melibatkan kedua-dua individu dan kita kemukakan kepada timbalan pendakwa raya dan saya dimaklumkan pihak polis juga telah mengemukakan kes ini kepada timbalan pendakwa raya.

"Terpulang (kepada) Jabatan Peguam Negara untuk koordinasikan bagi sekiranya ada apa-apa keputusan sama ada dituduh atau tidak daripada kertas siasatan pertama," katanya.

Sementara itu, katanya, siasatan kedua melibatkan lapan Adun. Bagaimanapun, Jabatan Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan kepada SPRM.

"Kes kedua, hasil pendedahan sebuah portal yang mengeluarkan lapan klip video, ingin saya tegaskan sehingga kini SPRM hanya siasat berdasarkan video yang dikeluarkan, portal berkenaan sahaja.

"Namun, kami tidak dikongsi atau pun diedarkan oleh pemberi maklumat rakaman sebenarnya kepada kami.

"Siasatan pada asalnya minggu lepas telah selesai dan SPRM telah pun dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya namun demikian timbalan pendakwa raya telah mengarahkan pegawai penyiasat untuk mantapkan beberapa keterangan.

Katanya, Jabatan Peguam Negara telah memberi arahan kepada SPRM supaya menyiapkan siasatan sebelum akhir bulan Jan ini.

"Saya memberi jaminan, pada bulan Feb, saya sendiri akan maklumkan perkembangan terbaru," katanya.

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS