ADS
Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP: Lepas ni, semua raya naik caj perkhidmatan restoran?
Diterbitkan:  Jan 21, 2025 11:19 AM
Dikemaskini: 3:19 AM

Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse bimbang dengan peningkatan caj perkhidmatan daripada 10 kepada 15 peratus oleh rangkaian restoran Oriental Kopi semasa Tahun Baru Cina.

"Adakah ini munasabah dan sah di bawah undang-undang?

"Satu precedent (duluan) yang agak membimbangkan. Padahal pekerja orang asing,” katanya pada satu hantaran di media sosial hari ini.

“Selepas ini semua raya akan ada kenaikan,” katanya dengan menyertakan notis daripada restoran tersebut.

Gambar fail, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse.
ADS

Notis itu menyebut: “Pelarasan caj perkhidmatan sempena Tahun Baru Cina, hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina (29/1 & 30/1).

“Semasa tempoh Tahun Baru Cina, caj perkhidmatan makan akan diselaraskan daripada 10 peratus kepada 15 peratus (tidak termasuk SST enam peratus).”

Sementara itu, Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA) mengesahkan terdapat peningkatan caj perkhidmatan sehingga 15 peratus.

Presidennya Wong Teu Hoon dilaporkan berkata peningkatan itu ditujukan kepada pekerja yang bertugas pada dua hari pertama Tahun Baru Cina, dalam bentuk “tip”.

“Kebiasaannya, kebanyakan restoran mengekalkan caj perkhidmatan 10 peratus atau tidak beroperasi pada dua hari tersebut.

“Mereka telah mengeluarkan notis memaklumkan pelanggan mengenai kenaikan ini, jadi orang awam boleh memilih sama ada ingin makan di premis mereka atau tidak,” jelasnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS