Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Trump tarik diri dari perjanjian iklim Paris
Diterbitkan:  Jan 21, 2025 8:19 AM
Dikemaskini: 1:51 AM

GLOBAL | Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Isnin menandatangani perintah eksekutif untuk menarik semula penyertaan AS dalam Perjanjian Iklim Paris, lapor Agensi Anadolu.

Beliau turut menandatangani surat rasmi yang akan dihantar kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menjelaskan keputusan menarik diri daripada perjanjian itu.

Trump pernah mengeluarkan AS daripada perjanjian itu pada 2019 kerana mendakwa perjanjian iklim itu memberi beban ekonomi tidak adil kepada AS.

Bagaimanapun, bekas Presiden Joe Biden segera menyertai semula perjanjian itu pada hari pertamanya memegang jawatan.

Trump kini memulakan penggal kedua pentadbirannya selepas mengangkat sumpah jawatan pada Isnin.

Perjanjian Iklim Paris, yang diterima pakai pada Sidang Kemuncak Iklim PBB 2015 di Paris, bertujuan mengehadkan pemanasan global kepada bawah dua darjah Celsius berbanding paras pra-industri, dengan sasaran aspirasi 1.5 darjah.

- Bernama-Anadolu


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS