Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemandu lori rentung dalam nahas di Bintulu
Diterbitkan:  Jan 17, 2025 8:23 AM
Dikemaskini: 12:23 AM

Seorang pemandu lori membawa muatan batu rentung apabila kenderaan dipandunya terbakar selepas melanggar lori kayu balak di Kilometer 38.6, Jalan Bintulu-Miri, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 10.01 malam sebelum 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya mereka di tempat kejadian, didapati sebuah lori membawa muatan batu melanggar bahagian belakang lori kayu balak menyebabkan lori membawa batu berkenaan terbakar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut jurucakap berkenaan, selepas api berjaya dipadamkan, anggota bomba menemui mangsa yang rentung di tempat duduk pemandu.

Katanya mayat tersebut dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Identiti mangsa belum dikenal pasti manakala pemandu lori balak itu tidak dapat dikesan di lokasi kejadian," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS