Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas penyelia dinaugerah RM254k kerana dipecat secara tak adil

Seorang bekas penyelia dianugerahkan RM254,273 selepas dia dipecat secara tidak adil empat tahun lalu.

Mahkamah Perusahaan Ipoh membenarkan tuntutan pemecatan tidak adil Azman Isa terhadap Technip Geoproduction (M) Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Projek Petrokimia Long Son di Vietnam.

Peguam syarikat kejuruteraan dari T Siva & Co bagaimanapun masih mempunyai hak untuk memfailkan tindakan di hadapan Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa Khas) untuk membatalkan keputusan Mahkamah Perusahaan.

Peguam Azman, Bhavanash Sharma mengesahkan keputusan yang disampaikan oleh pengerusi Mahkamah Perusahaan Ipoh Zulhelmy Hasan pada 8 Jan.

Peguam itu berkata, keputusan itu merupakan satu tanda aras yang melibatkan pertikaian undang-undang anak guamnya berhubung dakwaan penamatan kontrak pekerjaan sebelum waktunya pada 12 Dis 2020.

Bhavanash berkata, kes itu berkisar tentang kontrak jangka tetap Azman sebagai penyelia struktur projek di Vietnam, di mana dia bekerja melalui agensi Vietnam, Minh Viet Co Ltd.

Peguam itu menyatakan bahawa walaupun penglibatan agensi itu, Mahkamah Perusahaan mendapati terdapat bukti kukuh bahawa Technip Geoproduction melaksanakan kawalan ketara ke atas pekerjaan Azman, menyebabkan syarikat itu bertanggungjawab terhadap dakwaan pemecatan yang tidak adil.

Bhavanash berkata keputusan Zulhelmy menggariskan tanggungjawab majikan untuk mematuhi amalan buruh yang adil dan menghormati perjanjian kontrak.

Dia berkata Zulhelmy menegaskan Azman dinafikan peluang yang adil untuk menangani dakwaan syarikat terhadapnya.

Antara dakwaan ini adalah kekurangan prestasi, kekurangan pelaporan, dan kekurangan kemahiran komunikasi.

“Anugerah ini merupakan kemenangan besar bukan sahaja untuk anak guam kami tetapi untuk pekerja di seluruh Malaysia yang mungkin mendapati diri mereka menghadapi layanan tidak adil yang sama.

"Ketetapan itu mengukuhkan kepentingan akauntabiliti majikan dan keperluan untuk menegakkan hak pekerja dalam semua hubungan pekerjaan," kata Bhavanash dalam satu kenyataan media.

Pampasan Mahkamah Perusahaan adalah untuk baki tempoh kontrak jangka tetap Azman.

Azman telah memohon kepada syarikat itu untuk jawatan berkenaan pada Mei 2020, dan telah diambil sebagai penyelia struktur untuk projek Wad Long Son sehingga 31 Julai 2022.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS