Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Roti ham: DAP lapor polis pihak sebar kenyataan palsu
Diterbitkan:  Jan 16, 2025 11:56 AM
Dikemaskini: 3:56 AM

DAP Johor akan membuat laporan polis dalam masa terhadap pihak yang menyebarkan kenyataan palsu berhubung roti 'ham dan keju' yang kononnya dikeluarkan oleh ketua pemuda parti itu, Woo Kah Leong sehingga menimbulkan kontroversi.

Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali, berkata kenyataan berkaitan isu logo halal pada produk roti yang dijual di kedai serbaneka KK Mart di kampus Universiti Malaya jauh berbeza dan tersasar daripada kenyataan asal Wong.

“Saya mendapati dalam dua hari ini, beberapa akaun di Facebook telah menyebarkan satu kenyataan palsu yang direka-reka dan mengaitkannya sebagai kenyataan Ketua DAPSY Kebangsaan Sdra Woo Kah Leong.

“Kenyataan tersebut berkaitan isu logo halal pada produk ham yang dijual di KK Mart.

“Saya telah menghubungi Wong dan membuat semakan terhadap kenyataan asal beliau. Ternyata ia jauh berbeza dari kenyataan palsu yang disebarkan,” katanya.

Sheikh Umar Bagharib Ali

Sheikh Umar yang juga ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP juga melampirkan pautan yang didakwa menyebarkan fitnah berkenaan.

Sebelum ini tular tangkap layar gambar dan kenyataan Wong yang kononnya dilaporkan memberi amaran kepada Pemuda Umno kerana didakwa mengapi-apikan isu roti ham tersebut.

Mengulas lanjut Sheikh Umar berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah itu hanya akan menggugat keharmonian rakyat berbilang kaum dan agama.

"Sesungguhnya fitnah itu dimulakan oleh si pembenci, disebarkan oleh si daif dan diterima oleh mereka yang jahil. Ia mesti dihentikan segera.

"Fitnah seperti ini boleh menggugat keharmonian dikalangan rakyat. Justeru, laporan polis oleh DAP akan dibuat dalam masa terdekat," katanya lagi.

Terdahulu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuka kertas siasatan terhadap sebuah kilang pembuat roti sandwic di Petaling Jaya, Selangor kerana disyaki menyalah guna logo halal.

Sabtu lalu, Universiti Malaya mengarahkan penutupan serta-merta dua cawangan KK Mart di kampus institusi pengajian tinggi berkenaan ekoran penjualan produk yang diragui status halal.

Isu penjualan produk itu kecoh selepas beberapa ahli politik mengkritik penjualannya.

KK Mart membuat laporan polis pada dan mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan kepada syarikat itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS