Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tutup siasatan kes anak menteri? Tak ada, kata Fahmi

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzi menafikan terdapat usaha untuk menutup kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri.

“Tak ada,” katanya ringkas pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini, apabila diajukan soalan bagaimana dia mahu menangani kebimbangan mengenai kemungkinan kes tersebut ditutup.

Sebelum ini, satu laporan yang tular di media sosial, yang mendakwa anak menteri itu dituduh mengugut kekasihnya untuk menggugurkan kandungannya.

Dia juga didakwa cuba menendang perutnya.

Laporan itu mendakwa bahawa lelaki itu enggan "bertanggungjawab" berhubung kehamilan itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS