Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Pelik Wan Fayhsal tak sebut Hadi sebagai calon PM’
Diterbitkan:  Jan 15, 2025 1:20 PM
Dikemaskini: 5:20 AM

Kenapa pemimpin Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal tidak melihat Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai salah calon perdana menteri daripada Perikatan Nasional (PN)?

Perkara itu dibangkitkan oleh wakil rakyat DAP Lim Lip Eng yang berasa pelik dengan perkara itu, setelah Wan Ahmad Fayhsal menyenaraikan empat nama.

“Adakah Wan Ahmad (Fayhsal) fikir Hadi tak layak, atau sebenarnya ada isu antara PAS dan Bersatu yang buat nama Hadi tak disenaraikan?” soalnya.

Malaysiakini pagi ini melaporkan Wan Ahmad Fayhsal sebagai berkata PN tidak mempunyai masalah mencari perdana menteri menjelang pilihan raya umum akan datang.

Anggota parlimen Machang itu menamakan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, timbalannya Hamzah Zainudin, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan naib presiden parti itu Ahmad Samsuri Mokhtar.

Wan Ahmad Fayhsal berkata pemimpin-pemimpin itu mempunyai hubungan yang baik dengan istana.

Kenyataan itu diberikan sebagai reaksi sebagai kenyataan Murysidul Am PAS Hashim Jasin bahawa “PAS patut memimpin PN”, ketika ditanya sama ada parti itu sedia mengetengahkan calon perdana menteri.

Dalam tulisan ringkas di media sosial sebentar tadi, Lim yang juga anggota parlimen Kepong berkata “nampak macam ada sesuatu yang tak dijelaskan di sini”.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS