Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Luruan monsun: Hujan lebat berterusan mulai Rabu

Hujan lebat berterusan dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung, Sabah serta selatan dan barat Sarawak, bermula Rabu ini hingga 18 Jan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata ia berdasarkan analisis terhadap model-model ramalan cuaca terkini yang menunjukkan bahawa luruan monsun dijangka berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam kenyataan yang dikongsi di media sosial MetMalaysia, beliau menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Setakat petang ini, Johor dan Perak menjadi dua negeri yang masih dilanda banjir dengan masing-masing merekodkan 3,779 dan 31 mangsa.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS