Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tahan pengasuh taska kes kematian bayi empat bulan

Polis menahan seorang pengasuh sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) dipercayai berkait kes kematian bayi lelaki berusia empat bulan 3 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Akmalrizal Radzi bagaimanapun berkata wanita warga tempatan berusia awal 30-an itu telah dilepaskan dengan jaminan polis.

"Pihak polis kini sedang menunggu arahan Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.

Semalam, beliau dilaporkan berkata siasatan awal mendapati terdapat unsur kecuaian atau pengabaian oleh pengasuh tersebut yang didapati telah meninggalkan mangsa tanpa pemantauan sewajarnya dalam tempoh yang lama.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Azmir Kassim sebelum ini dilaporkan berkata taska yang dipercayai terbabit dalam kes kematian bayi itu telah diarahkan tutup pada Selasa lepas (7 Jan).

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS