Lebih 80 rumah kayu di sebuah perkampungan atas air di Kampung Sri Aman, di Tawau, Sabah hangus dalam kejadian kebakaran pagi ini, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah.
Menurut kenyataannya, jabatan itu menerima panggilan pada 7.46 pagi mengenai kebakaran di Kampung Sri Aman sebelum mengerahkan 51 anggota bomba dari Tawau, Kunak dan Titingan untuk memadamkan kebakaran yang marak itu.
Setakat 10.20 pagi, ia berkata sekurang-kurangnya 80 rumah musnah sementara anggota bomba bekerja keras untuk memadamkan kebakaran.
“Terdapat tiga mangsa yang mengalami sesak nafas akibat kebakaran dan terpaksa diberi rawatan pertolongan cemas oleh unit perkhidmatan perubatan dan penyelamat kecemasan FRD Sabah,” kata jabatan itu.
Operasi itu turut dibantu oleh agensi lain termasuk Angkatan Pertahanan Awam, polis dan Sabah ELectricity.