Sekurang-kurangnya 11 orang maut akibat kebakaran hutan yang melanda Los Angeles (LA), membakar kawasan seluas kira-kira 15,782 hektar dan memusnahkan lebih 12,000 struktur, lapor United Press International (UPI).
Pasukan bomba berjaya mengawal sebahagian atau kebanyakan daripada empat kebakaran yang masih aktif di kawasan itu.
Namun, lebih 153,000 penduduk masih dikenakan perintah pemindahan mandatori.
Pihak berkuasa memberi amaran bahawa kegagalan mematuhi arahan boleh menyebabkan penduduk didakwa atas kesalahan kecil, menurut NBC News pada Sabtu.
Sementara itu, pasukan bomba sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan tiupan angin kencang yang berpotensi mencetuskan kebakaran lebih besar.
- Bernama-UPI