Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tertuduh kes bunuh diarah jalani pemeriksaan mental
Diterbitkan:  Jan 10, 2025 2:39 PM
Dikemaskini: 6:39 AM

Seorang penghuni pusat jagaan swasta yang didakwa menyebabkan kematian seorang penghuni lain di situ diperintah oleh Mahkamah Sesyen Ipoh agar menjalani pemeriksaan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Hakim Azizah Ahmad memerintahkan Muhammad Firdaus Zohare, 32, dihantar ke hospital tersebut untuk pemerhatian selama sebulan dan menetapkan 18 Feb untuk sebutan semula kes.

Perintah itu dibuat selepas permohonan Muhammad Firdaus, yang tidak diwakili peguam, memaklumkan mahkamah bahawa dia menjadi pesakit mental sejak lapan tahun lalu.

Muhammad Firdaus didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan selepas dituduh dengan niat menyebabkan kematian Muhammad Afiq Wafiuddin Lokeman, 25, di pusat jagaan Fitrah Nursing Care di Ipoh pada jam 7.45 pagi, 31 Dis 2024.

Tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya, S Vitthiyeswary.

Selasa lalu media melaporkan polis menahan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki warga tempatan dalam bilik tidur di pusat rawatan swasta di Pasir Puteh, Ipoh.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS