Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kadir: Cukuplah manjakan Najib
Diterbitkan:  Jan 10, 2025 9:45 AM
Dikemaskini: 7:57 AM
4

Di tengah kontroversi berhubung titah adendum yang membolehkan bekas perdana menteri Najib Razak menjalani baki hukumannya di rumah, wartawam veteran A Kadir Jasin mengimbau kes seorang “banduan istimewa” pada era 1980-an.

"Ada seorang banduan ahli perniagaan bernama Abdullah Ang yang mendapat layanan istimewa sampai boleh keluar penjara untuk berkebun. Dia pun penjenayah kolar putih juga.

"Itu yang kita tahu sebab didedahkan oleh surat khabar The Malay Mail pada tahun 1989.

"Yang kita tidak tahu, wallahuaklam. Masa itu saya pengarang Kumpulan New Straits Times yang termasuk The Malay Mail," katanya pada satu hantaran di media sosial hari ini.

Malay Mail pada 1989 membongkar kisah Abdullah menjalankan perniagaan di Kuala Lumpur walaupun sepatutnya berada di ladang orkid yang dikendalikan penjara di Negeri Sembilan.

Laporan itu juga mendedahkan sel penjara Abdullah berkarpet serta dilengkapi peti sejuk, alat pemain video, televisyen dan katil air.

Kadir menyoal jika banduan boleh diletakkan di bawah tahanan rumah sedangkan tiada peruntukan sedemikian dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Cukuplah memanjakan dan memberi keistimewaan kepada Mohd Najib,” katanya.


BACA BERKAITAN:

KOMENTAR | Nak solidariti Najib apa lagi?

PANDUANKINI | Najib mohon tahanan rumah - 6 sorotan utama

Solidariti Najib: Ramai pemimpin Umno hadir, tapi PAS lagi meriah


Kadir juga memberi amaran bahawa negara akan menjadi kacau-bilau jika pemimpin bertindak sesuka hati demi kepentingan golongan bangsawan dan elit.

Kadir turut menegaskan Najib sudah diberikan layanan istimewa apabila mahkamah memutuskan untuk membolehkan beliau menjalani hukuman penjara bagi 10 pertuduhan secara serentak.

“ Ertinya, di mahkamah pun dia sudah dibagi layanan timbang rasa yang cukup istimewa. Lepas itu dibagi pula pengampunan awal.

“Penjara 12 tahun jadi enam tahun dan denda RM210 juta jadi RM50 juta. Nak bersolidariti apa lagi,” soalnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
4
ADS