Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Selisih faham dengan Hilman, exco Pemuda Bersatu letak jawatan

Exco Pemuda Bersatu, Meor Naqiuddin Shamsudin meletak jawatan sebagai ketua Biro Profesional dan Sukarelawan Pemuda parti itu, berkuat kuasa 5 Januari.

Bagaimanapun, Meor Naqiuddin memberitahu Malaysiakini bahawa dia kekal memegang jawatan lain dalam pergerakan itu.

“Saya letak jawatan sebagai ketua Biro Profesional dan Sukarelawan Armada Bersatu, tetapi kekal sebagai exco Pemuda tanpa portfolio disebabkan ada sedikit perselisihan faham dengan (Ketua Pemuda Bersatu) YB Hilman Idham,” katanya.

Hilman Idham

Meor Naqiuddin enggan mengulas lanjut berkaitan perkara itu tetapi berkata kenyataan rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.

Dia dilantik memegang jawatan itu pada 29 November ketika Perhimpunan Agung Pemuda Bersatu yang lalu.

Hilman yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia diumumkan sebagai ketua Armada Bersatu bagi penggal 2024-27.

Kemenangan itu diperoleh selepas undian Hilman 1,888 mengatasi pencabarnya, Akmal Zahin Zainal Zahir dengan 170 undi yang meraih 1,718.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan maklum balas Hilman berkaitan perkembangan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS