Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
NGO gesa raja-raja siasat dakwaan sorok titah tambahan Najib

NGO Melayu menggesa raja-raja menubuhkan pasukan petugas untuk menyiasat dakwaan terdapat cubaan menyembunyikan titah tambahan tahanan rumah kepada bekas perdana menteri Najib Razak.  

Presiden Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Mohd Zai Mustaffa berkata bahawa jawatankuasa itu perlu menangani dakwaan semasa dan memastikan kejadian sedemikian tidak berulang.  

Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, mereka juga mendesak penubuhan jawatankuasa khas bagi memutuskan kedudukan perdana menteri.

Semalam, Mahkamah Rayuan membenarkan Najib memulakan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi, yang memerlukan kerajaan menjawab dakwaan mengenai titah itu.

Titah itu didakwa tambahan kepada pengurangan hukuman penjara dan denda terhadap Najib atas kesalahan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram melibatkan dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS