Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Untung besar, bank harus serap kos RM1 guna ATM - Fomca
Diterbitkan:  Jan 6, 2025 2:21 PM
Dikemaskini: 7:36 AM

Persekutuan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menggesa bank menyerap bayaran RM1 bagi pengeluaran ATM  kerana membebankan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah. 

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Saravanan Thambirajah, berkata laporan kewangan 2023 menunjukkan bank-bank utama mencatatkan keuntungan berbilion ringgit dari 4.8 peratus kepada 28.3 peratus.

“Walaupun keuntungan bersih bank-bank adalah petanda positif bahawa industri kewangan dan ekonomi berada dalam keadaan sihat, mengenakan bayaran RM1 bagi setiap pengeluaran ATM antara bank adalah tidak adil, terutamanya kepada golongan yang lebih terdedah seperti mereka yang bergantung kepada transaksi tunai,” ujar Saravanan.

Saravanan Thambirajah

Saravanan berkata, Fomca bimbang bahawa bayaran RM1 tersebut memberi kesan besar kepada golongan berpendapatan rendah dan penduduk luar bandar yang terpaksa menggunakan ATM bank lain apabila ATM bank mereka tidak tersedia.

Katanya, berdasarkan statistik Bank Negara (BNM) 2024, rakyat Malaysia menggunakan ATM dua kali sebulan secara purata. 

Jika semua transaksi melibatkan pengeluaran tunai antara bank, setiap individu akan dikenakan bayaran RM24 setahun, tidak termasuk pelanggan yang menggunakan lebih daripada satu bank.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS