Penganjur perhimpunan Gempur Rasuah Sabah membuat laporan terhadap Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia, Zulkarnain Mahdar.
Dalam catatan Facebook, penganjur mempersoalkan identiti Zulkarnain dan kaitannya dengan kerajaan Sabah dan Gabenor yang baru dilantik, Musa Aman.
“Namun, beliau (Zulkarnain) terlalu ingin menafikan usaha perhimpunan pelajar membanteras rasuah.
"Dua bukti telah diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk kes ini," kata kenyataan itu.
Penyelaras Gempur Rasuah Sabah Muhamad Fadhli Muhamad Kasim membuat laporan polis di balai polis Tanjung Aru pada 4 Jan.
Laporan itu turut dikongsi dalam hantaran yang sama.
Fadhil berkata, dia telah membaca kenyataan Zulkarnain yang mendakwa parti politik membayar peserta perhimpunan Gempur Rasuah Sabah untuk mencetuskan kekacauan.
Dia turut merujuk artikel Sinar Harian yang melaporkan Zulkarnain menuduh perhimpunan itu dibiayai oleh parti pembangkang di Sabah dan Semenanjung Malaysia.
Sebelum ini, Zulkarnain memfailkan laporan terhadap Fadhil dan UMS pro-Warisan, dengan mendakwa mereka menghina Musa serta menuduhnya melakukan rasuah semasa menjadi ketua menteri Sabah.
Perhimpunan antirasuah yang diadakan pada 31 Dis tahun lalu itu diketuai oleh Suara Mahasiswa UMS dan menarik kehadiran kira-kira 50 peserta.
Peserta membawa sepanduk dengan mesej antirasuah yang menyasarkan Musa, Ketua Menteri Hajiji Noor, dan ahli politik lain.
Penganjur perhimpunan turut memberi amaran lebih banyak laporan polis akan dibuat terhadap mereka yang memfitnah bahawa perhimpunan itu dibiayai parti politik.
“Masyarakat awam dilihat jauh lebih celik dalam menilai dan mengamati setiap perkara sepanjang kempen Himpunan Gempur Rasuah ini digerakkan sehingga hari ini.
“Perhimpunan 31 Dis itu bukanlah yang terakhir, sebalikya sebuah permulaan dalam kalangan mahasiswa dan rakyat biasa terus berhimpun, mengkritik dan bersuara,” tambahnya.