Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kerajaan adakan sesi permukiman kabinet kali ketiga tak lama lagi
Diterbitkan:  Jan 3, 2025 9:58 AM
Dikemaskini: 1:58 AM

Sesi permukiman kali ketiga Jemaah Menteri Kerajaan Madani akan diadakan dalam tempoh terdekat, kata perdana menteri.

Menurut Anwar Ibrahim sesi permukiman itu bukan sekadar untuk mencatat kejayaan yang telah dilakar, tetapi juga menjadi platform untuk barisan menteri membaiki kelemahan dalam pentadbiran ketika ini.

" … dan ada tahap kesungguhan yang harus ditingkatkan (jemaah menteri), dan saya percaya (permukiman) ini tidak seharusnya berhenti pada tahap itu sahaja, (tetapi) seterusnya diikuti oleh ketua-ketua setiausaha kementerian dan ketua-ketua pengarah,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar.

Sesi permukiman pertama dan kedua Anwar bersama jemaah menteri sudah diadakan dua kali sebelum ini, masing-masing pada Jan 2023 dan 2024.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS