Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah membuka bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) Putrajaya Siri FG bermula hari ini hingga 6 Jan.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bidaan berkenaan dibuka melalui sistem JPJeBid.
“Langkah ini bukan sahaja menambah hasil Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tetapi juga membuka peluang untuk pemilikan nombor istimewa,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pejabat Baru JPJ di Putrajaya hari ini.
Terdahulu, Loke merasmikan pejabat JPJ baru yang merupakan inisiatif penting untuk meningkatkan mutu perkhidmatan jabatan berkenaan.
Beliau berkata perasmian pejabat baharu itu juga adalah simbol perubahan, bukan sekadar dari segi infrastruktur tetapi juga tanggungjawab ntuk memastikan perkhidmatan JPJ menjadi lebih cekap, responsif, dan memenuhi kehendak rakyat.
- Bernama