ADS
mk-logo
Berita
Krismas di KPKT: Pemuda PAS tuntut suara pihak berkuasa

PAS, kata sayap pemuda parti itu, tidak pernah mempersoalkan mana-mana pihak yang mahu meraikan perayaan Krismas di negara ini.

Sebaliknya, Ketua Penerangan Pemuda PAS Pusat, Nazir Helmi, apa yang dipersoalkan mereka ialah, adakah sambutan perayaan tersebut dibenarkan diadakan di premis-premis kerajaan seperti di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) baru-baru ini.

“Persoalan kita bukan tentang sambutan perayaan Krismas itu, tetapi adakah ia dibenarkan di peringkat premis kerajaan untuk menyambut yang kita lihat (sebagai) ritual agama

“Kalau kita rujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, antara lambang yang tidak dibenarkan itu antaranya nyanyian itu sendiri, dan kedua pokok krismas.

“Itu antara benda yang termaktub ada (larangan) dalam premis kerajaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur, hari ini.

ADS

Nazir berkata demikian semasa mengulas persoalan sebenar yang dibangkitkan parti itu berhubung sambutan perayaan Krismas yang diraikan sebahagian rakyat di negara ini.

Mengulas lanjut Nazir berkata pihaknya juga kesal apabila sehingga hari ini tiada mana-mana pihak memberikan penjelasan lanjut mengenai isu yang dibangkitkan itu.

Mendakwa bantahan itu adalah hak mereka sebagai rakyat dan pembayar cukai, dia menambah, persoalan yang dibangkitkan ialah pembabitan orang Islam.

ADS

"Sehingga hari ini tiada mana-mana pihak yang menjawab persoalan tersebut, termasuk di peringkat pihak berkuasa agama, mungkin mufti ke atau pun menteri agama.

“Tidak ada jawapan yang tuntas, tapi respon yang kami dapat adalah tuduhan melulu yang dibuat oleh DAP berkenaan kita ini (PAS) sesat, kita bawa ajaran sesat, dilihat seperti tidak mahu membenarkan sambutan Krismas," katanya.

Pada malam Krismas baru-baru ini, Nga memuat naik video pendek mengenai sambutan yang diadakan di kementeriannya, termasuk penyanyi koir menyanyikan lagu Jingle Bells dan We Wish You a Merry Christmas.

Berdasarkan video tersebut, terdapat kakitangan Muslim yang turut hadir dalam sambutan itu.

Pemuda PAS kemudian membangkitkan isu itu dan menuduh Nga tidak mematuhi garis panduan Majlis Fatwa Kebangsaan yang menetapkan batasan kehadiran Muslim dalam perayaan agama bukan Islam.

Garis panduan tersebut, antara lain, menyatakan orang Islam tidak dibenarkan menghadiri acara yang mempunyai hiasan keagamaan seperti pokok Krismas.

Nga kemudian menyifatkan PAS sebagai golongan pelampau dan fanatik.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS
ADS
ADS