Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
3

Aktivis dan pereka grafik Fahmi Reza ditahan di Penampang, Sabah hari ini berhubung poster yang memaparkan Yang di-Pertua Negeri Musa Aman.

Pesuruhjaya Polis Sabah Jauteh Dikun mengesahkan penahanan tersebut ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada petang tadi, Fahmi memuat naik hantaran di media sosial menyatakan dia dalam perjalanan ke balai polis untuk disoal siasat mengenai poster Musa yang dimuat naik di Kota Kinabalu.

Menurut Fahmi, dia disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia atas salah guna kemudahan rangkaian dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

Kalau aku tak kemas kini sebelum jam lapan malam, maknanya aku akan tidur lokap malam ini,” katanya.

Musa dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 17 Dis lalu berkuat kuasa pada 1 Jan ini. Bekas ketua menteri Sabah itu sebelum ini menghadapi 46 pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram tetapi akhirnya dibebaskan.

Karikatur yang dilakar Fahmi memaparkan Musa memakai tengkolok rasmi sebagai Yang di-Pertua Sabah, sambil memegang wang kertas RM100 di mulutnya. Versi awal karikatur itu turut memaparkan kata-kata “Perasuah Nombor Satu Sabah”.

Menurut hantaran di media sosialnya, Fahmi menampal poster itu di dinding Kompleks Asia City di Kota Kinabalu pada 27 Disember namun ia diturunkan beberapa jam kemudian.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
3
ADS