Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Mersing Jalan Mersing Nitar dekat Felda Nitar 1, Mersing di Johor Bahru, hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing Pegawai Bomba Kanan II Shamsuri Shafai berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.01 petang dan satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan masing-masing sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan pacuan empat roda dengan 13 anggota dari BBP Mersing dihantar ke lokasi.
“PKO tiba di lokasi nahas pada 3.21 petang dan bertindak menyelamatkan kesemua lapan mangsa yang menaiki MPV termasuk pemandu yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat,” katanya dalam kenyataan.
Dia berkata pemandu treler tidak mengalami kecederaan.
Kesemua mangsa dibawa ke hospital bagi menerima rawatan lanjut dan operasi ditamatkan pada 3.48 petang.
-Bernama