Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Israel tahan pengarah hospital di utara Gaza, kata Hamas
Diterbitkan:  Dec 28, 2024 8:37 PM
Dikemaskini: 12:37 PM

Pihak berkuasa kesihatan yang dikawal Hamas di Semenanjung Gaza menuduh tentera Israel menahan seorang pengarah hospital, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pengarah Hospital Kamal Adwan yang dikepung di utara Gaza, Hussam Abu Safiya dan puluhan pekerja lain dibawa ke kemudahan untuk disoal siasat, kata pihak berkuasa pada Sabtu.

Tentera Israel tidak segera mengulas apabila ditanya. 

Pasukan Pertahanan Israel melancarkan operasi di kawasan sekitar hospital pada pagi Jumaat, mengatakan Hamas menggunakan bangunan itu untuk tujuan ketenteraan dan sebagai tempat persembunyian.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel dan menuduhnya membongkar sistem kesihatan Gaza secara sistematik.

WHO berkata operasi terbaru itu menyebabkan Hospital Kamal Adwan "tidak berfungsi".

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS