Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
15,807 banduan di Indonesia dikurangkan hukuman sempena Krismas

Kementerian Imigresen dan Pembetulan Indonesia telah memberikan pengurangan hukuman khas kepada 15,807 banduan di seluruh Indonesia sempena sambutan Krismas 2024, lapor agensi berita Antara.

Menterinya, Agus Andrianto dalam kenyataan hari ini memaklumkan daripada jumlah itu, seramai 15,691 banduan menerima pengurangan tempoh hukuman, manakala 116 yang lain dibebaskan serta-merta.

Kerajaan turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.

Sumatera Utara mendahului senarai wilayah dengan 3,196 banduan menerima pengurangan hukuman khas Krismas, diikuti Nusa Tenggara Timur (1,894) dan Papua (1,447).

Sumatera Utara dan Papua Barat masing-masing mencatatkan 23 pesalah juvana menerima pengurangan hukuman, jumlah tertinggi di antara semua wilayah.

-Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS