Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Nahas di lebuh raya Plus: Identiti lima mangsa maut dikenal pasti
Diterbitkan:  Dec 24, 2024 11:28 AM
Dikemaskini: 3:28 AM

Lima mangsa yang maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara di Alor Gajah malam tadi, telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Alo Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata mangsa yang juga pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima ialah Khairul Ikhwan Mazupi, 32, bersama penumpang Fadzlenna Ramli, Ramli Ab Wahab, 66, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, dan pemandu bas persiaran Noorisnien Khamid, 56.

Beliau berkata dua lagi mangsa masing-masing seorang penumpang MPV dan bas persiaran masih belum dikenal pasti.

“Nahas tersebut yang membabitkan sebuah bas, dua lori, sebuah MPV dan sebuah kereta, dikatakan berlaku apabila sebuah lori dari arah utara ke selatan tercabut tayar dan berada di lorong tengah jalan.

“Bas yang membawa 27 penumpang dari arah sama itu telah terlanggar tayar berkenaan dan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kereta sebelum bertembung dengan sebuah lagi lori dan MPV yang sedang menghala ke utara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kemalangan itu mengakibatkan tujuh mangsa meninggal dunia di tempat kejadian membabitkan seorang pemandu dan empat penumpang MPV, serta pemandu dan penumpang bas persiaran berkenaan.

“Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat manakala kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS