Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KLCC Holdings, bukan Property, beli Bandar Malaysia
Diterbitkan:  Dec 23, 2024 3:44 PM
Dikemaskini: 7:44 AM

KLCC (Holdings) Berhad (KLCCH) telah membeli 486 ekar tanah Bandar Malaysia - yang merupakan keseluruhan saiz projek - untuk harga yang tidak didedahkan.

Perjanjian itu dilaporkan ditandatangani dengan Bandar Malaysia Sdn Bhd (BMSB) dan Bandar Malaysia Land Sdn Bhd (BMSLB) pada 4 Okt.

"KLCCH akan melaksanakan pembangunan berdasarkan daya maju komersial dalam tempoh jangka panjang" syarikat itu dipetik sebagai berkata oleh The Edge.

Awal hari ini, KLCC Property Holdings (KLCCP) menafikan ia adalah pembeli tersebut.

The Edge semalam melaporkan bahawa perjanjian itu bernilai lebih RM10 bilion.

Tidak jelas mengapa BMSB mengambil masa dua bulan selepas menandatangani penjualan dengan KLCCH untuk menamatkan perjanjian dengan Sim Leisure Group Ltd Singapura untuk membangunkan taman tema di Bandar Malaysia.

BMSB dimiliki oleh TRX City Sdn Bhd.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS