Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anggota polis hanyut di tali air ditemui lemas pagi ini
Diterbitkan:  Dec 23, 2024 9:25 AM
Dikemaskini: 4:18 AM

Anggota polis yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air di Jalan Utama Changkat Lada, dekat Kampung Gajah ditemukan lemas pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat lelaki berusia 39 tahun itu dijumpai di sekitar tebing kira-kira 3.04 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) pada 4.55 pagi oleh anggota yang bertugas.

“Mangsa lemas telah dinaikkan dengan menggunakan bucket stretcher, tali webbing dan tali menyelamat. ayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Sabarodzi memaklumkan seorang anggota polis berpangkat Koperal dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras semasa mandi bersama rakannya di kawasan berkenaan.

Sabarodzi memaklumkan mangsa yang bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah itu baru selesai menghadiri majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changkat Lada.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Hafezul Helmi Hamzah dalam kenyataan berasingan mengesahkan kejadian berkenaan.

"Kira-kira 4.55 pagi tadi, pihak bomba berjaya menjumpai mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Seri Iskandar untuk proses bedah siasat. Hasil bedah siasat mengesahkan bahawa punca kematian adalah lemas," katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS