Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
BN jangan tendang bola dalam gol sendiri macam PRU lepas - Zahid
Diterbitkan:  Dec 22, 2024 8:30 PM
Dikemaskini: 1:09 PM
2

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Zahid Hamidi menggesa pemimpin BN supaya memperkukuh struktur dalaman parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang dengan semangat berpasukan.

Ini katanya termasuk mendekati rakyat dan memahami aspirasi generasi muda, pemerkasaan teknologi dan media sosial, serta menggerakkan jentera secara menyeluruh.

“Permasalahan timbul dalam PRU14 dan PRU15 ialah ramai pemain sepatutnya ada semangat sepasukan tetapi tendang bola dalam gol sendiri, akhirnya kecundang.

“Hakikatnya kita mesti berperanan di posisi masing-masing sebagai pemain dalam pasukan bola agar kemenangan memihak kepada kita, pasukan BN jangan tendang bola ke dalam gol sendiri,” katanya dipetik Bernama.

Dia berkata demikian ketika berucap pada majlis Konvensyen BN Negeri Sembilan 2024 di Seremban hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan.

Ketika ditemui selepas itu, Ahmad Zahid berkata Kerajaan Perpaduan berpeluang untuk terus mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-16, jika aspek kesetiaan pada parti dan usaha menyatuni rakyat terus diberikan keutamaan.

Dia berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam yang menyatakan keyakinan Kerajaan Perpaduan mempunyai kelebihan untuk menang jika PRU diadakan dalam tempoh terdekat.

Ahmad Zahid memberi jaminan, Umno dan BN sebagai parti komponen akan memberi komitmen sepenuhnya bersama Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya umum kelak.

“Saya ingin respons apa dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, pertanyaan wartawan kepadanya ketika itu, adakah Kerajaan Perpaduan boleh survive jika pilihan raya dilakukan dalam waktu terdekat, beliau yakin boleh survive.

“Dalam keadaan itu saya ingin menyatakan bahawa kerjasama UMNO dan BN dengan Kerajaan Perpaduan (akan berterusan) sehingga PRU16,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
2
ADS