Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Asing kuasa AG, PP: Kertas kabinet siap tengah tahun depan
Diterbitkan:  Dec 21, 2024 4:24 PM
Dikemaskini: 8:24 AM

Draf kertas Kabinet mengenai pengasingan kuasa antara Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya (PP) dijangka siap pada pertengahan tahun depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata cadangan pembahagian fungsi antara Peguam Negara dan PP telah diterima oleh Kabinet dan seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk menelitinya.

Perdana Menteri turut mengakui bahawa isu berkenaan cukup rumit, dan mengambil masa untuk disiapkan kerana ia memerlukan banyak pindaan, termasuk Perlembagaan Persekutuan.

“Usaha ini pasti akan berjaya dilaksanakan, diharapkan pada pertengahan tahun depan.

“Saya belum lihat draf itu.. tetapi kertas kerja yang dibentangkan setakat ini ialah keputusan dasar sama ada kita bersetuju dengan pengasingan itu yang telah diluluskan oleh Kabinet,” katanya dalam sidang media di Subang hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS