Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Krismas: Skim harga maksimum libat 14 barang
Diterbitkan:  Dec 20, 2024 4:36 PM
Dikemaskini: 8:36 AM

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) sempena sambutan Krismas minggu depan melibatkan 14 jenis barangan di seluruh negara, akan berkuat kuasa mulai Isnin ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata tempoh pelaksanaan selama lima hari itu dikawal menerusi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

“Barang yang terlibat adalah barangan keperluan utama semasa Krismas iaitu daging kambing biri-biri bertulang import, ayam tua hidup melibatkan Sarawak sahaja, kubis bulat import Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing, lobak merah dan tomato.

“Selain itu melibatkan cili merah, lada benggala hijau, bawang merah besar import, bawang kuning besar, ubi kentang import dari China, kepak ayam serta babi hidup di peringkat ladang sahaja, daging babi bahagian perut dan daging babi bahagian daging dan lemak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Majlis Pengumuman SHMMP Sempena Krismas 2024 dan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di UTC Sentul, Bandar Baru Sentul di Kuala Lumpus, hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS