Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelajar anjur himpunan gempur rasuah, tolak politik korup di Sabah
Diterbitkan:  Dec 20, 2024 4:13 PM
Dikemaskini: 8:13 AM

Kemarahan pelajar terhadap amalan rasuah dan salah guna kuasa kini semakin memuncak dengan kumpulan pelajar di negeri itu mahu menganjurkan ‘Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah’ pada 31 Disember ini. 

Wakil Suara Mahasiswa UMS pada sidang media di Kota Kinabalu hari ini berkata polis telah menerima makluman mereka yang dikemukakan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Oleh itu, kepada semua rakyat Sabah, jangan takut untuk turun dan menunjukkan sikap kita pada 31 Disember ini. “Ini hak kita untuk sebagai rakyat biasa untuk menegakkan demokrasi di negeri ini,” kata jurucakap kumpulan itu, Sudirman Arsyad.

Menurutnya, perhimpunan itu akan menyenaraikan beberapa tuntutan mereka termasuk peletakan jawatan Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor dan supaya SPRM mempercepatkan siasatan berhubung skandal rasuah yang menggegarkan pentadbiran pimpinan GRS.

Dia berkata, perhimpunan berkenaan adalah sebagai membantah pelantikan Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Sabah kerana ketua menteri paling lama berkhidmat di negeri itu pernah dilibatkan dengan skandal rasuah yang besar.

Bagaimanapun, Sudirman mengulangi bahawa penganjur perhimpunan itu tidak didanai oleh mana-mana parti pembangkang untuk menjatuhkan pentadbiran Hajiji.

“Kami, Suara Mahasiswa UMS merupakan gerakan mahasiswa yang sentiasa berpihak kepada rakyat, dan tidak dibelakangi oleh mana-mana parti politik. 

“Parti-parti pembangkang juga jangan mahu menunggang perhimpunan ini. Pemimpin-pemimpin kalian juga sedang berhadapan tuduhan rasuah dan pernah disabitkan atas kesalahan rasuah,” katanya.

Dalam catatan baru-baru ini di TikTok, Hajiji mendakwa video yang didedahkan oleh pemberi maklumat bulan lalu adalah merujuk kepada derma politik, dan bukannya rasuah.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS