Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah, Labuan hingga 22 Dis

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan di Sarawak, Sabah dan Labuan hingga 22 Dis.

Di Sarawak, amaran hujan berterusan tahap buruk melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu manakala amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan Kapit (Song dan Kapit), Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah pula, amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Amaran sama turut dikeluarkan kepada Labuan.

Maklumat cuaca terkini boleh didapati melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

Talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS