Amanah Johor akan memutuskan langkah menuntut semula kerusi parlimen Muar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa yang kini disandang oleh Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam konvensyen pada 21 Dis.
Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan berkata konvensyen itu akan membincangkan isu kerjasama dengan Umno-BN serta rundingan kerusi bersama rakan komponen Pakatan Harapan (PH).
“Keputusan mengenai kerusi yang sebelum ini diberikan secara ihsan kepada Muda akan dibincang, selari dengan persediaan menghadapi PRU16 bertemakan 'Membugar Kekuatan Mendepani Pilihan Raya',” katanya dalam kenyataan.
Mudah, bekas sekutu PH, keluar daripada blok kerajaan susulan kontroversi pengguguran pertuduhan rasuah terhadap Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
Sementara itu, isu kerjasama strategik dengan Umno-BN Johor turut menjadi agenda utama, sementara usaha memperjuangkan isu seperti suruhanjaya siasatan diraja (RCI) Pulau Batu Puteh akan terus diketengahkan.
Konvensyen ini dijangka turut dihadiri rakan komponen PH dan Umno sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama menjelang pilihan raya akan datang.