Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Semua permohonan kewarganegaraan akan diselesaikan dalam setahun
Diterbitkan:  Dec 18, 2024 3:37 PM
Dikemaskini: 7:37 AM

Mulai tahun 2025, semua permohonan kewarganegaraan akan diputuskan dalam tempoh setahun, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Menurutnya, mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN), keputusan setiap permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan akan ditentukan dalam tempoh satu tahun.

"Ini adalah SOP yang saya tetapkan untuk team KDN bagi memastikan isu kewarganegaraan ini ditangani dengan efisien.

"Ini sebahagian komitmen Kerajaan Madani dalam memastikan hak rakyat terjaga dan terbela," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Saifuddin berkata, sejak 21 Disember 2022 sehingga 27 November 2024, beliau telah selesai membuat pertimbangan sebanyak 32,408 permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. 

"Ada juga permohonan yang telah menunggu lebih daripada lima tahun. Alhamdulillah lebih 80 peratus permohonan ini telah selesai saya pertimbangkan," tambahnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS