Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
UM siasat dakwaan profesor kongsi gambar bogel dengan pelajar
Diterbitkan:  Dec 18, 2024 1:41 PM
Dikemaskini: 5:41 AM

Universiti Malaya (UM) berkata pihaknya sedang menyiasat dakwaan seorang pensyarah menghantar gambar bogelnya kepada beberapa pelajar.  

Komitmen itu diberikan hari ini selepas kritikan kumpulan pelajar dan feminisme berkaitan isu itu.

“UM mengesahkan telah menerima laporan berkenaan kes yang dibangkitkan oleh Kelab Feminisme UM, yang turut dilaporkan oleh beberapa agensi media tempatan,” menurut UM dalam kenyataan.  

Memetik kenyataan itu, malaymail melaporkan UM tidak dapat memberikan komen lanjut kerana buat masa ini kes itu dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan.  

Terdahulu, Kelab Feminisme UM menyeru UM menambah baik dasar antigangguan seksual susulan kejadian itu.

Kelab itu juga mendakwa terdapat rakan sejawat profesor itu yang cuba melindungi pelaku dengan menyifatkannya sebagai situasi balas dendam.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS