Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail mengadakan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino, semalam.
Menurut hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Tunku Mahkota Ismail, pertemuan itu bagi memberikan taklimat berhubung projek berkaitan skuad kebangsaan.
“Infantino turut menzahirkan kepercayaan inisiatif nasional tersebut yang dikemudi Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur dan pembangunan," menurut hantaran itu.
- Bernama