Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tunjuk isyarat lucah: JIPS Bukit Aman mulakan siasatan
Diterbitkan:  Dec 16, 2024 2:15 PM
Dikemaskini: 6:15 AM

Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sudah memulakan siasatan terhadap anggota polis yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lalu.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian berkenaan.

“Jika ada mangsa lain yang mengalami insiden sama turut diminta tampil dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Razarudin juga memberi jaminan bahawa siasatan kes itu akan dijalankan dengan teliti dan telus.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang wanita yang mendakwa seorang anggota polis menunjukkan isyarat lucah kepadanya ketika mengambil gambar dalam satu protes berkaitan hak asasi manusia di Kuala Lumpur.

Wanita berkenaan turut mendakwa isyarat yang ditujukan kepadanya itu diulang beberapa kali oleh anggota polis terbabit bagi memastikan ia dapat dilihat.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS