Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
IGP sahkan Papagomo ditahan bagi bantu kes tipu kutipan dana
Diterbitkan:  Dec 13, 2024 5:39 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

Polis mengesahkan penahanan blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali ramai sebagai 'Papagomo' di kediamannya di Putrajaya pagi ini.

Ketua Polis Negara (IGP) Razarudin Husain yang mengesahkan perkara itu berkata penahanan tersebut adalah bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan kutipan dana menggunakan nama sebuah syarikat.

Katanya, penahanan itu dilakukan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman.

Razarudin Husain

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya kepada media di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, media hari ini melaporkan Wan Azri ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Ia adalah bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasikan nama sebuah syarikat bagi mengutip dana daripada orang awam.

Sementara itu, peguam Wan Azri, Muhammad Rafique Rashid mendakwa anak guamnya ditahan pada jam 1.30 pagi oleh lapan anggota  polis walaupun telah mengesahkan untuk hadir di balai polis untuk temujanji pada pukul 11 pagi.

Muhammad Rafique Rashid Ali

Katanya, waran tangkap itu dikeluarkan oleh pegawai yang sama dari Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman yang sepatutnya bertemu dengan Wan Azri.

Tambah peguam itu, tangkapan berkenaan adalah berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang menteri pada Julai lalu.

"Peristiwa menahan awal pagi dan menggunakan agensi ini merupakan salah guna kuasa tahap zalim yang amat," kata Rafique dalam satu kenyataan.

Menurut peguam itu, pegawai penyiasat memaklumkan bahawa dia akan direman untuk membantu siasatan kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan penipuan dan penyerahan harta dengan niat tidak jujur.

Mereka yang disabitkan kesalahan di bawah seksyen ini boleh dikenakan hukuman penjara antara satu hingga sepuluh tahun, sebatan, dan denda yang tidak ditentukan jumlahnya.

Rafique berkata, Wan Azri telah dikenakan tahanan reman sehari oleh mahkamah di lokap Jinjang, Kuala Lumpur.

“Perkembangan lanjut akan diumumkan kelak,” katanya.

Wan Azri adalah aktivis pro-Perikatan Nasional (PN) dan bekas ahli Majlis Eksekutif Pemuda Umno.

Dia telah didakwa atas kesalahan hasutan pada bulan Mei lalu berhubung satu hantaran media sosial mengenai stoking yang tertera kalimah Allah, dengan  mempersoalkan pertemuan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan pengasas KK Mart, Chai Kee Kan.

Selain itu, dia juga mendakwa Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menyalahgunakan kuasa dengan campur tangan dalam sistem kehakiman negara, ketika pihak pendakwaan dalam kes hasutannya memohon agar jaminan tidak diberikan dan untuk perintah tutup mulut.

[Baca berita benuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS