Paling Popular
Terkini

PARLIMEN l Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan terdapat cadangan untuk melakukan pindaan terhadap hukuman denda melibatkan kes penderaan kanak-kanak, terutamanya ke atas orang kurang upaya (OKU) daripada RM10,000 kepada RM100,000.

Timbalan Menterinya, Noraini Ahmad bagaimanapun berkata, buat masa ini, ia masih di peringkat cadangan dan belum diluluskan selain libat urus dengan pemegang taruh juga diadakan daripada semasa ke semasa.

"Selalunya bila ada kes penderaan, kebiasaannya pengasuh yang akan dikenakan tindakan dan pengusaha Taman Asuhan Kanak-Kanak (taska) akan terlepas dari sebarang tindakan.

"Dalam pindaan yang telah dicadangkan terutamanya berkaitan kanak-kanak OKU ini, ada diperuntukkan satu pindaan yang sesuai dan hukuman sedia ada sebanyak 10,000 denda dan dua tahun penjara.

"Itu juga ada cadangan untuk dinaikkan kepada 100,000," katanya sewaktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Noraini berkata demikian menjawab pertanyaan tambahan Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang) mengenai adakah wujudnya cadangan untuk mengenakan hukuman lebih berat termasuk penggantungan lesen operasi kepada pusat jagaan yang melanggar peraturan.

Selain itu, Siti Zailah juga turut bertanya mengenai insentif yang disediakan kepada pengusaha taska bagi membantu mereka dari segi kos operasi yang semakin tinggi.

Mengulas lanjut, Noraini memaklumkan dari segi bantuan kepada pengusaha taska, sebanyak RM10 juta diperuntukkan di dalam belanjawan.

"Antaranya adalah untuk memudah cara proses pendaftaran tetapi ia di bawah Kementerian Kewangan, tapi kita dimaklumkan bahawa tak ada tak yang ambil dana ini.

"Apabila ada peluang ini, diharap agar pengusaha-pengusaha taska mengambil peluang untuk mendapatkan bantuan seperti yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS