Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP k'jaan sokong pinda akta CMA walau desak semakan
Diterbitkan:  Dec 10, 2024 9:18 PM
Dikemaskini: Dec 11, 2024 1:58 AM

PARLIMEN | Walaupun sebelum ini mendesak agar pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA) dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) untuk penelitian lanjut, dua ahli parlimen penyokong kerajaan akhirnya mengikut arahan parti dengan menyokong pindaan tersebut.

Menurut Hansard prosiding Dewan Rakyat semalam, termasuk keputusan terperinci undian belah bahagi terhadap Rang Undang-Undang (RUU) pindaan itu, dokumen berkenaan dimuat naik di laman web Parlimen hari ini.

Rekod tersebut menunjukkan sekurang-kurangnya empat Ahli Parlimen menggesa agar RUU itu dirujuk kepada PSSC untuk penelitian lebih mendalam terhadap peruntukannya. Mereka ialah William Leong (PH-Selayang), Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor), Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) dan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut).

Bagaimanapun, apabila tiba masa untuk mengundi, dua ahli parlimen PH, Leong dan Ramkarpal mengundi menyokong RUU tersebut manakala dua ahli parlimen PN – Wan Saiful dan Khairil Nizam – mengundi menentang.

Ini walaupun tiada sebarang pindaan dibuat terhadap RUU tersebut dan ia tidak dirujuk kepada mana-mana jawatankuasa pilihan khas dwipartisan Dewan Rakyat, yang ketika ini terdiri daripada 10 jawatankuasa khas.

Leong merupakan pengerusi PSSC Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Pembaharuan Institusi.

Keputusan Undian

RUU pindaan tersebut akhirnya diluluskan dengan sokongan 59 undi, 40 undi menentang dan satu undi berkecuali.

Sebanyak 122 ahli parlimen tidak hadir ketika proses pengundian itu berlangsung.

Seorang daripada mereka ialah Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang mengambil bahagian dalam perbahasan dan meminta kerajaan mengkaji semula pindaan tersebut.

Dia juga menyuarakan kebimbangan masyarakat sivil terhadap rang undang-undang itu.

Hassan Karim (PH-Pasir Gudang) disenaraikan sebagai satu-satunya Ahli Parlimen yang mengambil pendirian berkecuali. Berdasarkan rekod Hansard, beliau juga tidak menyertai perbahasan berhubung pindaan akta CMA tersebut.

Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada dokumen Hansard Parlimen di laman web rasmi Parlimen Malaysia.

Senarai penuh kehadiran dan keputusan undian seperti berikut:

Menyokong:

  • 1. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Fadillah Yusof (GPS-Petra Jaya)

  • 2. Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang (GPS-Kanowit)

  • 3. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong (PH-Bukit Mertajam)

  • 4. Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari (PH-Alor Gajah)

  • 5. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis)

  • 6. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong)

  • 7. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong (PH-Iskandar Puteri)

  • 8. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai)

  • 9. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri (GPS-Santubong)

  • 10. Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu)

  • 11. Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan)

  • 12. Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Aiman Athirah Sabu (PH-Sepang)

  • 13. Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying (PH-Tanjong)

  • 14. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim (PH-Hang Tuah Jaya)

  • 15. Timbalan Menteri Digital, Wilson Ugak Kumbong (GPS-Hulu Rajang)

  • 16. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong)

  • 17. Yuneswaran Ramaraj (PH-Segamat)

  • 18. Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya)

  • 19. Syahredzan Johan (PH-Bangi)

  • 20. Rodziah Ismail (PH-Ampang)

  • 21. Tan Kar Hing (PH-Gopeng)

  • 22. Chow Yu Hui (PH-Raub)

  • 23. Tan Hong Pin (PH-Bakri)

  • 24. Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin)

  • 25. Richard Rapu @ Aman Begri (GPS-Betong)

  • 26. Young Syefura Othman (PH-Bentong)

  • 27. Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera)

  • 28. Azli Yusof (PH-Shah Alam)

  • 29. Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau)

  • 30. Onn Abu Bakar (PH-Batu Pahat)

  • 31. Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar)

  • 32. Chong Zhemin (PH-Kampar)

  • 33. Howard Lee Chuan How (PH-Ipoh Timor)

  • 34. Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani)

  • 35. Richard Riot Jaem (GPS-Serian)

  • 36. Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh)

  • 37. Doris Sophia Brodi (GPS-Sri Aman)

  • 38. Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor)

  • 39. Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar)

  • 40. Jalaluddin Alias (BN-Jelebu)

  • 41. Wilfred Madius Tangau (PH-Tuaran)

  • 42. William Leong Jee Keen (PH-Selayang)

  • 43. Wong Shu Qi (PH-Kluang)

  • 44. Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan)

  • 45. Siti Aminah Aching (BN-Beaufort)

  • 46. Yusuf Abd Wahab (GPS-Tanjong Manis)

  • 47. Hasni Mohammad (BN-Simpang Renggam)

  • 48. Sim Tze Tzin (PH-Bayan Baru)

  • 49. Kesavan Subramaniam (PH-Sungai Siput)

  • 50. RSN Rayer (PH-Jelutong)

  • 51. Suhaizan Kaiat (PH-Pulai)

  • 52. Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang)

  • 53. Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka)

  • 54. Pang Hok Liong (PH-Labis)

  • 55. Ahmad Johnie Zawawi (GPS-Igan)

  • 56. Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu)

  • 57. Prabakaran Parameswaran (PH-Batu)

  • 58. Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong)

  • 59. Dr Zulkafperi Hanapi (Independent-Tanjong Karang)

Membantah:

  • 1. Shahidan Kassim (PN-Arau)

  • 2. Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar)

  • 3. Ismail Abd Muttalib (PN-Maran)

  • 4. Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun)

  • 5. Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi)

  • 6. Dr Halimah Ali (PN-Kapar)

  • 7. Kamal Ashaari (PN-Kuala Krau)

  • 8. Bakri Jamaluddin (PN-Tangga Batu)

  • 9. Abdul Khalib Abdullah (Rompin)

  • 10. Zakri Hassan (PN-Kangar)

  • 11. Rushdan Rusmi (PN-Padang Besar)

  • 12. Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan)

  • 13. Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak)

  • 14. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar)

  • 15. Idris Ahmad (PN-Bagan Serai)

  • 16. Radzi Jidin (PN-Putrajaya)

  • 17. Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena)

  • 18. Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa)

  • 19. Siti Zailah Mohd Yusoff (PN-Rantau Panjang)

  • 20. Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor)

  • 21. Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh)

  • 22. Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut)

  • 23. Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat)

  • 24. Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat)

  • 25. Dr Alias Razak (PN-Kuala Nerus)

  • 26. Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap)

  • 27. Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu)

  • 28. Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah)

  • 29. Ali Anak Biju (PN-Saratok)

  • 30. Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu)

  • 31. Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai)

  • 32. Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik)

  • 33. Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas)

  • 34. Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok)

  • 35. Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu)

  • 36. Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (PN-Permatang Pauh)

  • 37. Azman Nasrudin (PN-Padang Serai)

  • 38. Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor)

  • 39. Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut)

  • 40. Muhammad Islahuddin Abas (PN-Mersing)

Berkecuali:

1. Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS