Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahathir persoal 47 muka surat dipadam dalam laporan RCI Batu Puteh

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mempersoal ketelusan Suruhajaya Siasatan Diraja (RCI) yang didakwanya menyembunyikan 47 muka surat laporan berkaitan Pulau Batu Puteh.

Mahathir menyifatkan terdapat kecatatan dalam laporan RCI berhubung siasatan kes kedaulatan Batu Puteh, Bantuan Tengah dan Tubir Selatan yang kini dedahkan kepada orang ramai.

"Laporan RCI ini telah diklasifikasikan. Dulu rahsia, sekarang terbuka. Siapa yang bersetuju untuk ia dibuka? 

"Kalau telah dibuka dan bukan lagi rahsia, maka mengapa kerajaan bantah permohonan-permohonan saya di mahkamah untuk adakan RCI secara terbuka.

"Laporan RCI ingin dibahaskan, tetapi bagaimana hendak bahasa sekiranya 47 muka surat daripada 217 dipadam?” soalnya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Pada 5 Disember lalu, RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Mahathir.

Dalam laporan - yang dinyahklasifikasikan di parlimen - RCI menuduh Mahathir menipu kabinet pada tahun 2018 untuk menarik semula semakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang menganugerahkan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura.

Menurut RCI, Mahathir membuat keputusan sepihak untuk menghentikan semakan tersebut tanpa persetujuan kabinet, dan hanya memberi taklimat kepada mereka tentang sebab dia berbuat demikian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS