PARLIMEN | Kerajaan mempertahankan keputusannya melantik Mohd Dusuki Mokhtar sebagai Peguam Negara yang baru.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran berkata ia "keputusan terbaik" kerajaan
Pemilihan Dusuki jelasnya dibuat berdasarkan kekananan, pengalaman dan keupayaannya sebagai seorang peguam.
"Pemilihan kerajaan adalah pemilihan yang terbijak, yang terbagus.
"Kerana itu adalah senioriti beliau, beliau berpengalaman dan dia diketahui sebagai seorang peguam yang ada kebolehan.
"Saya boleh katakan sedemikian kerana sy sendiri pernah berlawan berapa banyak kes dgn beliau di mahkamah.
“He's above all these (dia berada di atas semua ini).
Lepas, bebaskan Zahid dari tuduhan rasuah
"Terdapat kebebasan dan integriti dalam perkara ini," kata Kulasegaran semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pagi ini.
Timbalan menteri menjawab soalan tambahan daripada Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun), yang menyoal keputusan Putrajaya melantik Dusuki menggantikan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, yang baru-baru ini dilantik sebagai hakim Mahkamah Persekutuan.
Abd Ghani (gambar atas) turut membangkitkan peranan Dusuki dalam kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, khususnya dalam permohonan untuk pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) kes rasuah Zahid.
Kulasegaran menjelaskan Dusuki bukan satu-satunya peguam yang mengendalikan perbicaraan kes rasuah Zahid.
Bagaimanapun, dia bersetuju dengan cadangan Abd Ghani supaya pelantikan Peguam Negara pada masa akan datang melalui jawatankuasa khas pemilihan parlimen.
"(Cadangan) itu adalah satu cadangan yang baik dan ia perlu dihalusi oleh kerajaan sebelum satu keputusan muktamad dibuat" kata Kulasegaran lagi.