Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kemalangan libatkan ambulans: Seorang cedera parah
Diterbitkan:  Dec 9, 2024 12:30 PM
Dikemaskini: 4:30 AM

Seorang wanita cedera parah dan lima lagi mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan jalan raya membabitkan lima kenderaan, termasuk sebuah ambulans di Kajang pagi ini.

Menurut bomba Selangor, kemalangan melibatkan sebuah van Toyota Hiace, ambulans Kementerian Kesihatan, kereta Hyundai Starex, motosikal Yamaha Y15 dan motosikal Yamaha Nouvo LC.

Pusat Gerakan Operasi bomba Selangor menerima panggilan kecemasan pada jam 9.50 pagi, dan pasukan pertama tiba di lokasi pada jam 10.00 pagi. 

Operasi menyelamat diketuai oleh komander operasi Mohd Salleh Bahran bersama sembilan anggota dari balai bomba dan penyelamat (BBP) Kajang.

“Seorang penunggang motosikal wanita tersepit dalam kemalangan ini dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba,” kata komander operasi.

Mangsa lain terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita yang mengalami kecederaan ringan. 

Kesemua mereka terlibat dalam kejadian di Jalan Kajang Perdana, berdekatan dengan sebuah restoran makanan segera itu diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan di tempat kejadian.

Operasi melibatkan satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS). 

Punca kemalangan masih dalam siasatan pihak berkuasa.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS