Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penyanyi dakwa penguat kuasa rakam gambarnya tanpa pakaian
Diterbitkan:  Dec 6, 2024 3:54 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Penyanyi rap Zamaera mendakwa seorang pegawai lelaki Majlis Bandar Raya Subang Jaya (MBSJ) merakam gambarnya tanpa pakaian semasa serbuan di sebuah rumah urut, kelmarin.

Zamaera atau nama sebenarnya Sharifah Zamaera Syed Zafilen Al Edros mendakwa privasinya diceroboh ketika dia menjalani sesi urutan di pusat urut di SS14.

Dakwanya, pegawai itu mencuri-curi rakan gambarnya yang ketika itu sedang meniarap di atas tilam dengan bahagian belakangnya terdedah sampai ke pangkal punggung.

Dia berkata cuma berseluar dalam ketika diurut oleh seorang tukang urut wanita.

“Saya terdengar tirai di bilik saya ditarik, dan apabila saya pusing, saya nampak seorang lelaki berkaca mata hitam pegang telefon bimbit dan rakam saya,”  dakwanya di Instragram.

Dia kemudian berkata cuba mendapatkan penjelasan namun tiada seorang pun mengaku berbuat demikian.

Zamaera membuat laporan polis dan aduan kepada MBSJ, serta menuntut permohonan maaf daripada pegawai terbabit.  

Dia menyeru prosedur serbuan MBSJ disemak semula kerana bimbang berlaku pencabulan privasi serta terdapat kemungkinan penyalahgunaan kuasa.  

Malaysiakini telah menghubungi MBSJ dan sedang menunggu penjelasan mereka.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS