Harga Bitcoin melepasi paras AS$100,000 (RM472,000) buat kali pertama, lonjakan 30 peratus, hampir sebulan selepas pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November.
Mata wang kripto paling bernilai itu menyaksikan lonjakan sejak sehari sebelum pilihan raya dengan harga sekitar AS$68,000. Sehari selepas kemenangan Donald Trump pula, ia mencatat rekod baru AS$75,000,
Sepanjang kempen pilihan raya, Trump berjanji untuk melaksanakan dasar mesra kripto, termasuk menjadikan AS sebagai "ibu kota kripto dunia”.
Hari ini, Trump mengumumkan pelantikan Paul Atkins, seorang penyokong kripto, sebagai ketua Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC).
Susulan lantikan itu, badan pengawal selia itu dijangka akan lebih mesra terhadap aset digital itu.