Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Orang bodoh saja percaya saya akan pertaruhkan kerjaya politik, kata Najib
Diterbitkan:  Dec 4, 2024 11:57 AM
Dikemaskini: 4:02 AM

BICARA 1MDB l Bekas perdana menteri, Najib Razak, menolak dakwaan pendakwa raya bahawa dia menyalahgunakan kuasa untuk menerima suapan hampir AS$20 juta pada tahun 2011.

Bekas pengerusi lembaga penasihat 1MDB itu memberi keterangan hari ini bahawa tuduhan tersebut tidak berasas dan tidak masuk akal kerana tiga dalang yang sebenarnya melarikan ratusan juta dolar yang dikaitkan dengan 1MDB.

Najib memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa ahli perniagaan buruan Low Taek Jho (Jho Low) dan Tarek Obaid menggunakan ratusan juta dolar yang diseleweng untuk membeli hartanah, barangan kemas, dan menikmati pelbagai kemewahan lain.

“Namun pendakwaan mendakwa bahawa saya, ketika memegang dua jawatan paling berkuasa, iaitu sebagai ketua kerajaan Malaysia dan ketua sektor kewangan dalam perbelanjaan awam, masing-masing sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, akan mempertaruhkan kerjaya politik dan reputasi saya yang dibina selama 40 tahun, hanya untuk melakukan perbuatan jenayah demi menerima AS$9,999,877 dalam dua transaksi berasingan.

“Ini adalah dakwaan terdesak yang hanya dipercayai oleh orang bodoh,” kata Najib semasa perbicaraan kes salah guna kuasa dan pengubahan wang haram RM2.27 bilion yang melibatkan dana 1MDB.

Najib merujuk kepada pertuduhan pendakwaan bahawa dia mengarahkan lembaga pengarah 1MDB untuk menjalinkan usaha sama dengan Petrosaudi International Limited (PSI) bagi membolehkannya menerima suapan tersebut antara 24 Februari dan 14 Jun 2011.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS