Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lebih 4,800 penyakit berjangkit dikesan di PPS Kelantan
Diterbitkan:  Dec 3, 2024 4:25 PM
Dikemaskini: 9:07 AM

Sebanyak 4,894 kes penyakit berjangkit dilaporkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh Kelantan setakat semalam.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan Zaini Hussin berkata penyakit tertinggi dikesan ialah jangkitan pernafasan sebanyak 2,923 kes diikuti dengan jangkitan kulit 1,367 kes.

Katanya penyakit lain yang direkodkan di PPS Kelantan termasuk gejala gastroenteritis akut sebanyak 116 kes, konjunktivitis (99) dan demam virus (376).

“Semua kes telah dirawat oleh pasukan perubatan di PPS dan keadaan kini adalah terkawal.

“Kebanyakan kes dikesan di PPS di daerah Pasir Mas, Machang dan Tumpat,” katanya kepada pemberita di PPS Sekolah Kebangsaan Padang Pohon Tanjung, Tumpat hari ini.

Zaini berkata beberapa pasukan daripada JKN Kelantan telah digerakkan ke seluruh PPS bagi memantau keadaan mangsa banjir, khususnya memeriksa tahap kesihatan mereka yang dijangkiti penyakit bagi mengelakkan ia menular kepada orang lain.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS