PARLIMEN l Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menyatakan sokongannya terhadap dasar lebih ketat yang meletakkan lebih banyak tanggungjawab terhadap bank untuk melindungi pemegang akaun mereka daripada penipuan (scam).
Bercakap di Dewan Rakyat, Anwar berkata dia bersetuju bahawa Malaysia mencontohi dasar baharu yang diguna pakai di United Kingdom bulan lalu - yang memberi hak kepada pemegang akaun untuk mendapatkan ganti rugi bagi wang yang mereka yang hilang akibat penipuan.
"...dan saya setuju prinsip itu juga digunapakai di sini, cuma mungkin dalam kajian dibuat yang dipengerusikan oleh Ketua Seiausaha Perbendaharaan.
“Kita juga akan kaji supaya diperketatkan agar pihak bank juga bertanggungjawab kalau didapati tidak benar-benar cermat dalam memantau dan memastikan peraturan dipatuhi,” katanya semasa Waktu Soalan Perdana Menteri pagi ini.
Anwar menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap), yang ingin mengetahui komitmen Malaysia terhadap tanggungjawab bank dalam mencegah kes penipuan.
Pemimpin PAS itu memetik dasar baharu di UK, yang mensyaratkan bank membayar papmpasan kepada pelanggan ang menjadi mangsa penipuan pembayaran tolakan yang dibenarkan authorized push payment (APP).
Di bawah dasar UK yang berkuat kuasa pada Oktober lalu, bank dikehendaki membayar balik mangsa penipuan sehingga £85,000 dalam tempoh lima hari.
Terdahulu, Anwar ketika menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) mendedahkan mangsa jenayah dalam talian telah kehilangan jumlah terkumpul RM1.224 bilion antara Jan dan Okt tahun ini.
Ini melibatkan kes seperti penipuan dalam talian, penipuan telekomunikasi, penipuan cinta dan pinjaman dan pelaburan yang tidak wujud.
Menurut perdana menteri, aplikasi SemakMule polis juga menunjukkan angka yang membimbangkan. Setakat ini, lebih 181,000 nombor telefon dan lebih 222,000 akaun bank disenaraikan kerana didakwa terlibat dalam kes penipuan.